Wednesday, December 17, 2008

Latihan ICT

Pada 17 Disember 2008 bertempat di pejabat SPNS Bidor telah diadakan Latihan ICT untuk para pelatih Pembangun Masyarakat. Latihan ini telah dihadiri oleh 8 orang pelatih. 2 orang daripada tidak dapat mengikuti latihan kerana mereka terpaksa pulang ke kampung. 6 orang staff SPNS bertugas untuk mengajar mereka.

Tujuan latihan ini adalah untuk memperkenalkan peralatan-peralatan ini kepada para pelatih serta cara penggunaan peralatan ini dengan baik. Latihan ict ini merangkumi latihan asas komputer, latihan kamera video, latihan kamera digital dan latihan GPS. Para pelatih ini dibahagikan kepada berlainan latihan.

Latihan ini merupkan pusingan kedua lanjutan daripada pusingan pertama pada bulan yang lalu. Para pelatih bergilir-gilir mengikut giliran untuk mempelajari setiap latihan yang ada.

Latihan ini merupakan bahagian asas atau pengenalan dan ia akan terus dilanjutkan mengikut masa.

Penerimaan para pelatih agak perlahan kerana ini merupakan kali pertama bagi mereka semua mengenali semua peralatan ini. Namun ini bukanlah satu penghalang untu mereka semua agar terus belajar kerana ia sebahagian daripada pengetahuan atau kemahiran yang harus dimiliki oleh seorang pembangun masyarakat.

1 comment:

Gayathry said...

siapa yang membuat latihan? Nisah kah? Bagus sekali. Kita patut harapkan supaya masyarakat SPNS dapat lebih menggunakan ICT untuk kempen dan advokasi mereka.