Tuesday, November 3, 2009

Bengkel Tanah

Pada 24-25 Oktober 2009 bertempat di La Salle Center,Ipoh. JKOAP (Jaringan Kampung Orang Asli Perak) dibantu oleh SPNS (Sinui Pai Nanek Sengik) telah mengadakan Bengkel Tanah. Terdapat 28 buah kampung Orang Asli disekitar Perak termasuk kawasan Sungai Siput yang telah terlibat dalam bengkel ini iaitu seramai 67 orang termasuk urusetia. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyiapkan diri ke persidangan tanah pada bulan Disember nanti.

Terdapat beberapa sesi yang telah dijalankan dalam bengkel ini iaitu bermula dengan sesi Isu Orang Asli dimana dalam sesi ini semua peserta diminta menyenaraikan isu yang sedang melanda masyarakat Orang Asli terutamanya di Semenanjung. Kemudian sesi seterusnya ialah memfokuskan kepada Masalah Orang Asli iaitu masalah yang sedang dihadapi dan masalah tersebut merupakan punca masalah kepada semua masalah iaitu tanah. Jika Orang Asli tiada tanah, maka tiada tempat mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Jika tiada tanah, tiada sumber untuk dijual dan tiada wang untuk digunakan bagi membeli alat keperluan untuk sekolah anak-anak maka anak-anak Orang asli akan ketinggalan dalam pendidikan. Jika tiada tanah, maka tiada hutan. Tiada hutan bermaksud Orang Asli tidak dapat meneruskan pengamalan adat tradisi kerana bahan-bahan yang digunakan untuk upacara tradisi diambil dari sumber hutan. Bukan sahaja sumber hutan yang diambil tetapi sejarah serta cerita-cerita lama nenek moyang dahulu serta tempat yang sememangnya dianggap tempat suci dan keramat bagi masyarakat Orang Asli. Maka disini sudah timbul masalah iaitu kehilangan identiti bagi masyarakat Orang Asli.

Kemudian terdapat juga sesi perkongsian dari rakan bagi masyarakat lain yang menghadapi masalah yang sama seperti Orang Asli dan cara mereka mengatasi masalah tersebut sehingga berjaya dan juga perkongsian tentang perjuangan yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asal di negara-negara lain di peringkat antarabangsa.

Hasil dari bengkel ini, peserta lebih jelas tentang masalah yang dihadapi dan alasan kenapa Orang Asli perlu mempertahankan tanah adat mereka terutamanya bagi pihak para belia kerana mereka lah yang akan meneruskan kehidupan dimasa-masa akan datang. Jika tanah adat tidak dipertahankan dimanakah mereka akan tinggal untuk meneruskan kehidupan dimasa akan datang?

p/s:
Kepada rakan-rakan yang membaca ruangan ini, ingatlah. Dimasa ini kita boleh berbangga dengan kejayaan dan kehidupan yang kita capai di dunia luar sana. Tetapi kita harus ingat, sampai bila kita boleh bertahan untuk hidup kota yang penuh dengan pembanguan dan kemodenan. Jika kita tidak mempertahankan kampung dan tanah adat kita di masa sekarang, dimanalah kitan akan tinggal semasa kita tua kelak? Dimana kita akan dikebumikan kelak? Fikirkanlah!


2 comments:

Suara Komuniti said...

ya..memang betul kata kamu ba..teruskan perjuangan ngap sayot!!!!!!!!! hidup orang asal...

Unknown said...

teruskan perjuangan!!!!! ingat generasi yang akan datang,baru sedar pa tujuan kita berjuang....