Monday, October 19, 2009

Lawatan Pendedahan Pelatih LMM SPNS 1 di Sabah

Pada 18-29 Ogos 2009, SPNS telah menjalankan aktiviti lawatan pendedahan bagi pelatih bagi program Latihan Membangun Masyarakat yang pertama di Sabah. Lawatan ini telah disertai oleh 11 orang termasuklah pelatih dan jurulatih.

Lawatan ke Sabah ini adalah salah satu aktiviti di dalam Latihan Membangun Masyarakat SPNS 1. Ia adalah untuk pendedahan para pelatih di kawasan yang berlainan selain daripada negeri mereka sendiri. Sepanjang tempoh latihan, para pelatih didedahkan dengan isu-isu yang berlaku di kawasan Semenanjung namun mereka juga harus melihat isu-isu dan cara perjuangan di tempat lain yang bersuku kaum yang lain. Lawatan ini melibatkan semua pelatih Latihan Membangun Masyarakat SPNS 1 dan beberapa wakil jurulatih serta pemerhati dari SPNS sendiri. Lawatan ini dijalankan selama 14 hari dan tempat yang dipilih ialah Sabah. Sabah dipilih kerana masyarakat Asal di Sabah agak berlainan serta kuat dalam hal-hal perjuangan.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelatih CO tentang kerja-kerja membangun masyarakat di Sabah dan meningkatkan SKP pelatih melalui perkongsian/pembelajaran yang diperolehi dan mengongsikannya kepada komuniti sendiri.
Berkongsi pengalaman dalam membangun masyarakat/komuniti melalui pelbagai isu yang dihadapi oleh Orang Asal.

Sepanjang lawatan ini, semua pelatih dapat melibatkan diri Cuma pelatih masih kurang bertanya soalan kepada penduduk kampung untuk setiap lawatan yang dijalankan. Pelatih lebih suka mendengar perkongsian daripada mengajukan soalan. Dari segi isu dan maklumat untuk setiap komuniti yang dilawati, perkara boleh dipelajari oleh pelatih banyak namun ia semuanya sama dengan yang lain iaitu kampung yang berlainan tetapi situasi tetap sama. Setiap kampung yang dilawati sudah mempunyai sistem kepimpinan yang kukuh dan kerjasama yang kuat di kalangan penduduk kampung. Maka sudah kurang isu yang boleh dikongsikan dengan pelatih yang datang. Penduduk kampung hanya memberi nasihat sahaja kepada para pelatih yang datang melawat. Namun secara keseluruhannya, pelatih dapat belajar semasa lawatan ini.

Secara keseluruhannya, lawatan ini sangat bagus kerana banyak tempat yang dapat dilawati juga banyak maklumat dan cerita yang diperolehi dari setiap tempat yang dilawati itu. Perkongsian dari penduduk kampung sangat bagus dan memberi inspirasi kepada para pelatih kerana daripada perkongsian mereka dapat memberi idea baru kepada pelatih agar mereka juga dapat melakukan sesuatu yang berfaedah di kampung.

No comments: