Tuesday, November 3, 2009

Sime Darby Expects To Supply 500 Mld Groundwater In 2013

*Diambil dari keratan akhbar*

SEOUL , Nov 3 (Bernama) -- Sime Darby Bhd's energy and utilities division, Sime Darby Energy Sdn Bhd, expects to supply 500 million liters per day (mld) of groundwater for public consumption by Dec 31, 2012.

"We expect the first supply of drinkable water to reach the public in January 2013 as well as to the industrial areas in Selangor," its Head for Water Management Dr Azuhan Mohamed told Malaysian reporters on a familiarisation tour of groundwater technology in South Korea here on Tuesday.

The 500 mld groundwater project is located at Batang Padang, Perak, and covers an area of approximately 2,700 kilometres. The groundwater will be supplied from 10 wells each with a capacity of 50 mld.

Batang Padang was chosen as the location due to its high annual rainfall of between 2,500 mm and 3,300 mm and large undeveloped land, including forest reserves and water catchment areas.

Azuhan said the project would be undertaken in two stages, the first would involve a development of a 50 mld pilot well which is expected to be ready by Dec 31, 2009.

The development of the second stage will cover the remaining 450 mld from nine wells, he added.

Asked on the cost of the project, Azuhan said it would be twice as cheap than to construct a dam, adding that it would also provide a competitive tariff for consumers.

Saying that the company planned to tender out the groundwater project development contract by mid-January next year, he added that South Korea 's Da Joo Construction Co Ltd was one of the bidders.

Azuhan said Malaysia needs groundwater supply due to the growing demand for water in the country which is expected to increase significantly by 2010 to approximately 17,000 mld.

Currently, surface water accounted for more than 98 per cent of the national public water supply and the high level of dependence on surface water needs to be diluted due to the impending climate change.

Meanwhile, President of Da Joo Construction Byung Chul Yoon said the construction cost of each groundwater collector well system would range between US$1.7 million and US$1.8 million.

Chul Yoon said Korea has 300 wells, of which 200 wells were operated by Da Joo Construction, and each well can supply between 25,000 mld and 40,000 mld per of water of groundwater per day.

He said South Korea developed the groundwater technology 38 years ago and has delivered quality drinkable water to the public and industries, adding that there was no case of land collapsing due to groundwater development.

-- BERNAMA

Bengkel Tanah

Pada 24-25 Oktober 2009 bertempat di La Salle Center,Ipoh. JKOAP (Jaringan Kampung Orang Asli Perak) dibantu oleh SPNS (Sinui Pai Nanek Sengik) telah mengadakan Bengkel Tanah. Terdapat 28 buah kampung Orang Asli disekitar Perak termasuk kawasan Sungai Siput yang telah terlibat dalam bengkel ini iaitu seramai 67 orang termasuk urusetia. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyiapkan diri ke persidangan tanah pada bulan Disember nanti.

Terdapat beberapa sesi yang telah dijalankan dalam bengkel ini iaitu bermula dengan sesi Isu Orang Asli dimana dalam sesi ini semua peserta diminta menyenaraikan isu yang sedang melanda masyarakat Orang Asli terutamanya di Semenanjung. Kemudian sesi seterusnya ialah memfokuskan kepada Masalah Orang Asli iaitu masalah yang sedang dihadapi dan masalah tersebut merupakan punca masalah kepada semua masalah iaitu tanah. Jika Orang Asli tiada tanah, maka tiada tempat mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Jika tiada tanah, tiada sumber untuk dijual dan tiada wang untuk digunakan bagi membeli alat keperluan untuk sekolah anak-anak maka anak-anak Orang asli akan ketinggalan dalam pendidikan. Jika tiada tanah, maka tiada hutan. Tiada hutan bermaksud Orang Asli tidak dapat meneruskan pengamalan adat tradisi kerana bahan-bahan yang digunakan untuk upacara tradisi diambil dari sumber hutan. Bukan sahaja sumber hutan yang diambil tetapi sejarah serta cerita-cerita lama nenek moyang dahulu serta tempat yang sememangnya dianggap tempat suci dan keramat bagi masyarakat Orang Asli. Maka disini sudah timbul masalah iaitu kehilangan identiti bagi masyarakat Orang Asli.

Kemudian terdapat juga sesi perkongsian dari rakan bagi masyarakat lain yang menghadapi masalah yang sama seperti Orang Asli dan cara mereka mengatasi masalah tersebut sehingga berjaya dan juga perkongsian tentang perjuangan yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asal di negara-negara lain di peringkat antarabangsa.

Hasil dari bengkel ini, peserta lebih jelas tentang masalah yang dihadapi dan alasan kenapa Orang Asli perlu mempertahankan tanah adat mereka terutamanya bagi pihak para belia kerana mereka lah yang akan meneruskan kehidupan dimasa-masa akan datang. Jika tanah adat tidak dipertahankan dimanakah mereka akan tinggal untuk meneruskan kehidupan dimasa akan datang?

p/s:
Kepada rakan-rakan yang membaca ruangan ini, ingatlah. Dimasa ini kita boleh berbangga dengan kejayaan dan kehidupan yang kita capai di dunia luar sana. Tetapi kita harus ingat, sampai bila kita boleh bertahan untuk hidup kota yang penuh dengan pembanguan dan kemodenan. Jika kita tidak mempertahankan kampung dan tanah adat kita di masa sekarang, dimanalah kitan akan tinggal semasa kita tua kelak? Dimana kita akan dikebumikan kelak? Fikirkanlah!


Tuesday, October 20, 2009

Bengkel Orang Asal dan CBD:CEPA

Pada 5-7 Oktober 2009, saya telah mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh Pacos Trust dan Tebtebba Foundation di Kampung Togudon,Penampang. Bengkel ini adalah berkenaan dengan Orang Asal dan CBD iaitu fokus kepada komunikasi,pendidikan dan kesedaran umum atau lebih dikenali sebagai CEPA (Communication,Education And Public Awareness). Jumlah peserta yang mengikuti bengkel ini ialah 22 orang termasuk dengan urusetia dari Pacos serta fasilitator dari Tebtebba. Kesemuanya adalah terdiri dari Negara Asia iaitu Philipina,Thailand,Nepal,Burma,Taiwan,Holand,North East India,China,Bangladesh dan Malaysia.

Objektif bagi bengkel ini adalah untuk mengongsikan pengalaman terhadap perlaksanaan yang dipraktikkan terhadap CBD. Untuk melihat perkembangan terhadap perlaksanaan terhadap pelan rancangan CBD bagi Tahun Biodiversiti 2010 dan seterusnya membawa ke COP10. Untuk memperkenalkan strategic CEPA untuk CBD dan Tahun Biodiversiti 2010. Untuk mengongsikan pembangunan dalam kerja untuk kerja kumpulan IIFB bagi CEPA. Untuk merancang dan strategic kerja CEPA di Asia.

Pada hari pertama iaitu 5 Oktober 2009 jam 8.00 malam, semua peserta di minta untuk membuat poster mengenai organisasi masing-masing serta peranan atau tugas yang dilakukan oleh organisasi tersebut. Setiap peserta diberi pen marker dan kertas majong untuk melukis poster masing-masing. Menurut arahan fasilitator, poster yang dihasilkan bergantung kepada kepakaran masing-masing. Jika terlalu susah untuk melukis gambar maka boleh juga memuat poster berbentuk huruf.

Pada hari kedua iaitu 6 Oktober 2009, aktiviti bengkel dimulakan dengan pembentangan poster dari setiap peserta. Setiap peserta harus memperkenalkan nama sendiri dan juga nama organisasi serta perlu menceritakan serba sedikit tentang latarbelakang organisasi dan tugas yang dilakukan. Peserta juga harus mengongsikan kepada rakan-rakan yang lain tentang aktiviti yang dilakukan oleh organisasi masing-masing di kampung yang berkaitan dengan Biodiversiti. Kemudian imbasan tentang pelan rancangan CBD, target Biodiversiti 2010 dan petunjuk. Sesi seterusnya ialah pengenalan kepada strategi CEPA CBD dan tahun biodiversiti antarabangsa 2010.. Kemudian sesi strategi dan pelan untuk CEPA bagi kerja kumpulan IIFB. Dalam sesi ini semua peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu setiap kumpulan perlu membincangkan strategi yang boleh dilakukan dan perancangan yang boleh dijalankan bersama. Maka setiap kumpulan memulakan perbincangan dengan mengenalpasti terlebih dahulu isu yang dihadapi oleh setiap komuniti di negara masing-masing dan kemudian baru lah membincangkan tindakan yang boleh dibuat untuk mengatasi isu tersebut melalui CEPA. Seterusnya pembentangan tentang buku sumber tentang Orang Asal dan CBD. Pada sebelah malam pula ialah sesi memilih topik modul dalam buku sumber itu. Topik yang telah dipilih melalui persetujuan semua peserta ialah Modul 7 iaitu Pendekatan Ekosistem.

Pada hari ketiga iatu 7 Oktober 2009, merancang kertas kerja bengkel untuk IKBC4 bagi CEPA. Tepat jam 10.30 pagi, bengkel pun tamat dan semua peserta bertolak ke Maliau,Basin.

Catatan
Ini merupakan kali pertama saya mengikuti program yang berkaitan dengan CBD. Ia agak sukar bagi saya CBD terlalu baru bagi saya. Ditambah lagi dengan bahasa komunikasi yang digunakan semasa bengkel ini. Pada hari pertama bengkel bermula saya agak sedikit gementar tetapi keadaan persekitaran serta kawan-kawan baru yang ada membuatkan saya kembali tenang dan syukur kerana akhirnya saya dapati bengkel ini dengan baik. Saya juga dapat memahami apa yang diterangkan walaupun ada sesetengah perkataan yang jarang saya dengar tapi berkat semangat suka bertanya pada kawan-kawan yang pandai dari saya, saya memahaminya. Daripada bengkel ini, ia banyak mengajar saya serta memberi semangat kepada saya untuk terus berkhidmat bersama komuniti. Banyak juga pengalaman serta cerita-cerita hasil dari perkongsian dari kawan tentang kehidupan kita masyarakat Orang Asal di sekitar Asia. Saya berasa seronok juga sebab saya dapat ramai kawan dan kami dapat bertukar-tukar cerita semasa bengkel ini.

Monday, October 19, 2009

Lawatan Pendedahan Pelatih LMM SPNS 1 di Sabah

Pada 18-29 Ogos 2009, SPNS telah menjalankan aktiviti lawatan pendedahan bagi pelatih bagi program Latihan Membangun Masyarakat yang pertama di Sabah. Lawatan ini telah disertai oleh 11 orang termasuklah pelatih dan jurulatih.

Lawatan ke Sabah ini adalah salah satu aktiviti di dalam Latihan Membangun Masyarakat SPNS 1. Ia adalah untuk pendedahan para pelatih di kawasan yang berlainan selain daripada negeri mereka sendiri. Sepanjang tempoh latihan, para pelatih didedahkan dengan isu-isu yang berlaku di kawasan Semenanjung namun mereka juga harus melihat isu-isu dan cara perjuangan di tempat lain yang bersuku kaum yang lain. Lawatan ini melibatkan semua pelatih Latihan Membangun Masyarakat SPNS 1 dan beberapa wakil jurulatih serta pemerhati dari SPNS sendiri. Lawatan ini dijalankan selama 14 hari dan tempat yang dipilih ialah Sabah. Sabah dipilih kerana masyarakat Asal di Sabah agak berlainan serta kuat dalam hal-hal perjuangan.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelatih CO tentang kerja-kerja membangun masyarakat di Sabah dan meningkatkan SKP pelatih melalui perkongsian/pembelajaran yang diperolehi dan mengongsikannya kepada komuniti sendiri.
Berkongsi pengalaman dalam membangun masyarakat/komuniti melalui pelbagai isu yang dihadapi oleh Orang Asal.

Sepanjang lawatan ini, semua pelatih dapat melibatkan diri Cuma pelatih masih kurang bertanya soalan kepada penduduk kampung untuk setiap lawatan yang dijalankan. Pelatih lebih suka mendengar perkongsian daripada mengajukan soalan. Dari segi isu dan maklumat untuk setiap komuniti yang dilawati, perkara boleh dipelajari oleh pelatih banyak namun ia semuanya sama dengan yang lain iaitu kampung yang berlainan tetapi situasi tetap sama. Setiap kampung yang dilawati sudah mempunyai sistem kepimpinan yang kukuh dan kerjasama yang kuat di kalangan penduduk kampung. Maka sudah kurang isu yang boleh dikongsikan dengan pelatih yang datang. Penduduk kampung hanya memberi nasihat sahaja kepada para pelatih yang datang melawat. Namun secara keseluruhannya, pelatih dapat belajar semasa lawatan ini.

Secara keseluruhannya, lawatan ini sangat bagus kerana banyak tempat yang dapat dilawati juga banyak maklumat dan cerita yang diperolehi dari setiap tempat yang dilawati itu. Perkongsian dari penduduk kampung sangat bagus dan memberi inspirasi kepada para pelatih kerana daripada perkongsian mereka dapat memberi idea baru kepada pelatih agar mereka juga dapat melakukan sesuatu yang berfaedah di kampung.

Wednesday, October 14, 2009

Wednesday, June 17, 2009

Bengkel Membuat Memorandum

Salam sejahtera kepada kawan-kawan di luar sana.
Di sini saya ingin mengalu-alukan penyertaan kawan-kawan yang berminat di luar sana. Pada 20-21 Jun 2009, bertempat di Kg.Chang Lama Sg.Gepai,Bidor. Kami akan mengadakan bengkel kecil iaitu tentang cara-cara untuk membuat memorandum. Kami mengadakan bengkel ini adalah untuk mengajar penduduk kampung bagaimana cara untuk membuat memorandum kerana kebanyakkan penduduk kampung tidak tahu bagaimana hendak membuat memorandum. Oleh itu, kepada kawan-kawan yang berminat, boleh lah menghubungi kami di Pejabat SPNS di talian 05-4348160.
Jemputan ini terbuka kepada semua kaum Orang Asli yang sedang bertungkus lumus berjuang untuk membela nasib Orang Asli yang semakin tertindas.
Sekian.

Tuesday, April 28, 2009

Kes Pengambilan Tanah Sebanyak 500 ekar di Kampung Tisong

Pada 29 April 2009-jam 10.41 pagi, bertempat di Kampung Tisong, Sungkai. PPPNP (Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak) telah berbincangn dengan penduduk kampung mengenai pengambilan tanah sebanyak 500 ekar di sempadan antara Kampung Tisong dan Kampung Gerhus, Sungkai Perak.

Pihak yang terlibat dalam perbincangan ini adalah wakil dari PPPNP iaitu Ah Sing (Cina), Ahmad Sabri Bin Husin, Muhammad Asmali Bin Muhammad Ali, Abdul Ghani Bin Ismail, Said Bin Yasin dan 42 orang penduduk kampung. Mereka telah menaiki 3 buah kenderaan iaitu Toyota Hilux berwarna putih dengan nombor plet kenderaan AFT 4023, Pajero berwarna hitam nombor plet kenderaan AFB 6567 dan Toyota Hilux berwarna kelabu bernombor plet AGP 5893.

Perbincangan ini telah diadakan di pondok yang sememangnya digunakan untuk sebarang perbincangan oleh penduduk kampung.

Wakil dari PPPNP mengatakan bahawa tanah adat Kampung Tisong sebanyak 500 ekar telah diluluskan oleh Pengurus PPPNP untuk Projek Tanaman Getah.

Penduduk kampung membantah keputusan tersebut dan menegaskan bahawa tanah itu tanah adat penduduk kampung yang telah diwarisi dari nenek moyang dahulu secara turun temurun.

Menurut Bek Selibah yang berusia sekitar 50 an yang merupakan penduduk asal di Kampung Tisong mengatakan bahawa masalah Orang Asli sekarang berbeza dengan masalah yang dulu-dulu (sebelum bermulanya zaman penjajahan). Jika dahulu Orang Asli tinggal setempat dan tiada siapa yang datang mengganggu serta menghalau Orang Asli untuk berpindah ke tempat yang lain. Namun pada zaman ini, kehidupan Orang Asli sering di ganggu oleh orang luar dan di halau seperti binatang. Seharusnya orang luar yang masuk ke kampung dengan pelbagai tujuan haruslah berjumpa dengan ketua kampung terlebih dahulu. Jika di bandar, ada undang-undang bandar maka begitu juga di kampung yang mempunyai hukum adat dan sebagainya. Di kampung ia di bawah jagaan Ketua Kampung. Walaupun Ketua Kampung tidak bersekolah tetapi ia harus dihormati oleh orang luar yang datang masuk ke kampung. Ibarat kata,"jika IC kita jatuh, kita harus melaporkannya kepada siapa? JHEOA? RISDA? Sudah tentu pihak POLIS. Begitu juga dengan orang kampung. Orang luar tidak harus menceroboh masuk begitu sahaja namun mereka harus meminta kebenaran dari ketua kampung terlebih dahulu. Setuju atau tidak ia bergantung kepada keputusan ketua kampung dan orang kampung.

Bah Putih yang merupakan salah seorang penduduk kampung juga mengatakan bahawa Orang Asli tidak pernah menjual tanah dan menjual orang. Pada masa sekarang cuba kita lihat perkara yang berlaku di bandar. Siapakah yang menjual tanah dan siapakah yang menjual orang? Orang Asli atau Orang Bandar? Orang Asli miskin dan kaya di dalam hutan sahaja. Orang Asli tidak pernah meminta sedekah kepada siapa-siapa. Ketua kampung serta penduduk kampung membantah keputusan ini kerana bukan sahaja tanaman yang terdapat di kawasan kampung tetapi kampung inilah tempat asal usul, sejarah, kubur nenek moyang dan tempat mencari sumber pendapatan penduduk kampung serta yang paling penting kerana itu merupakan tanah adat penduduk kampung. Bah Putih menegaskan sekali lagi bahawa tanah Orang Asli diambil tanpa pengetahuan dan perbincangan dengan Ketua Kampung dan penduduk kampung.

PPPNP menjawab bahawa jika penduduk kampung masih juga membantah, PPPNP meminta 100 ekar tanah dan akan memberi sebanya RM100.00 kepada setiap seorang penduduk kampung. Jumlah tanah yang selebihnya boleh lah penduduk kampung berikan kepada Suki Mee dari YOAP (Yayasan Orang Asli Perak) untuk sebarang projek yang ingin dijalankan oleh penduduk kampung.

Wakil PPPNP mengajak penduduk kampung untuk melihat kawasan yang akan mereka ambil namun perkara tersebut tidak dipersetujui oleh penduduk kampung. Maka wakil PPPNP mengatakan bahawa perkara ini akan ditangguhkan seketika. Mereka akan pulang dan berbincang sesama mereka dan mereka akan datang kembali untuk berunding dengan penduduk kampung sekali lagi.

Wakil PPPNP menyarankan kepada Bah Putih agar penduduk kampung dapat memikirkan sekali lagi tentang tawaran RM100.00 setiap seorang penduduk bagi tanah 100 ekar yang PPPNP cadangkan semasa penbincangan tadi. Namun Bah Putih sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak dapat berbuat demikian kerana keputusan terletak di tangan ketua kampung dan juga semua penduduk Kampung Tisong. Perbincangan tamat.

Tinjauan ke Kawasan Tanaman Mengkuang di Kelweg

Pada 26 April 2009, aktiviti tinjauan ke kawasan penanaman mengkuang di kawasan kelweg telah dijalankan pada jam 4.30 petang. Hanya 2 orang ibu-ibu sahaja yang terlibat serta beberapa orang pelatih Latihan Membangun Masyarakat.

Aktiviti ini merupakan tindakan susulan daripada aktiviti menanam mengkuang di kawasan Kelweg. Ini kerana mengkuang yang ditanam dahulu telah pun tumbuh membesar namun kawasan sekelilingnya agak semak dan perlu dibersihkan.

Ibu-ibu berjalan kaki pergi ke tempat itu yang kira-kira 30 minit untuk sampai. Peralatan yang dibawa adalah parang dan air serta alat kelengkapan yang lain. Tidak banyak kerja yang perlu dibuat kerana kawasan penanaman mengkuang itu tidak luas. Cuma kerja-kerja menebas sahaja dan menandakan pokok mengkuang yang masih kecil agar tidak dipijak.

Aktiviti ini tidak mangambil masa yang yang panjang. Sekitar jam 6.00 petang, ibu-ibu pun pulang ke rumah.

Bengkel ICT (Membina Blog)

Pada 15-16 April 2009, bertempat di Pejabat Biih,Kuching Sarawak telah diadakan lanjutan Bengkel ICT (Membina Blog) yang pernah dijalankan pada bulan Oktober 2008 di tempat yang sama. 18 orang peserta merangkumi Sabah,Sarawak dan Semenanjung telah terlibat dalam bengkel ini. Kebanyakkannya adalah peserta adalah peserta yang telah mengikuti bengkel pada bulan Oktober dan ada juga beberapa peserta baru yang mengikuti bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk latihan membina keupayaan ahli-ahli JOAS (Jaringan Orang Asal SeMalaysia) dalam menggunakan alat-alat telekomunikasi masakini. Ia juga merupakan susula bagi latihan ICT yang telah diadakan pada bulan Oktober 2008 dan bengkel ini di bawah pembiayaan JOAS sendiri.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam bengkel ini adalah lebih kepada imbasan tentang topik yang telah dipelajari pada bengkel yang lalu. Proses mengulangkaji dari topik yang pertama iaitu membuat kenyataan media, perkara-perkara penting yang harus ada dalam kenyataan media dan saluran media yang dapat menerima dan menyiarkan laporan tersebut.

Terdapat kerja berkumpulan mengikut kawasan iaitu perbincangan mengenai kes-kes yang berlaku di kawasan masing-masing dan cara untuk membuat kenyataan media mengenai kes yang berlaku itu.

Seterusnya adalah ulangkaji tentang pembinaan blog kerana ramai peserta yang mengikuti bengkel pada bulan Oktober yang lalu masih belum membina blog. Terdapat juga peserta yang telah pun mempunyai blog sendiri namun tidak mengemaskinikan blog mereka.

Selain daripada itu, peserta dari Brimas,Sarawak telah mengajar peserta yang lain tentang cara-cara memasukkan video dalam blog dan cara mengambil video dari YouTube.

Secara keseluruhannya, bengkel ini sangat bagus. Cabaran agak kurang kerana semua keperluan telah disediakan oleh pihak penganjur. Maka bengkel ini dapat berjalan dengan lancar sehingga hari yang terakhir bengkel ini.

Sunday, April 12, 2009

Bengkel Penggerak Masyarakat

Pada 19-21 Mac 2009, bertempat di Banglow Brother,Pantai Kundur Melaka. Satu bengkel yang dinamakan Bengkel Penggerak Masyarakat telah dijalankan. Bengkel ini telah disertai oleh 30 orang peserta, diselaraskan oleh 9 orang penyelaras dan 4 orang sumber telah dijemput untuk memberi perkongsian sesi.

Terdapat 3 negeri yang telah terlibat dalam bengkel ini iaitu Perak dan JKOAP sebagai pihak penganjur bengkel dan juga peserta,Pahang dan Negeri Sembilan.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membawa semua orang yang telah berperanan sebagai penggerak masyarakat di kampung masing-masing untuk berkongsi cerita, pengalaman dan berbincang serta membuat perancangan seterusnya ke arah mendidik, menyatupadu dan menggerak masyarakat Orang Asli kepada satu perjuangan dan wawasan.

Peserta yang mengikuti bengkel ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu sebahagian peserta pernah mengikuti bengkel dan mereka sangat aktif di kampung dengan tugas-tugas menggerakkan masyarakat di kampung dan satu bahagian lagi adalah mereka yang memang tidak pernah menyertai bengkel dan langsung tidak sedar tentang masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli.

Terdapat 12 sesi dalam bengkel yang dijalankan selama 3 hari ini. Kesemua sesi itu saling berpaut dan memberi banyak maklumat serta kesedaran dan manfaat kepada semua peserta yang menyertai bengkel ini. Bengkel ini dijalankan secara santai dan diselang-selikan dengan aktiviti bermain sambil belajar agar peserta tidak merasa tertekan dan bosan.

Bengkel ini telah dijalankan dengan bantuan pendanaan dari beberapa pihak seperti JOAS, KAS dan ARUBUMI.

Terdapat banyak cabaran yang dihadapi sepanjang bengkel ini berjalan. Diantaranya ialah masalah kenderaan, tersesat jalan dan banyak lagi. Namun perkara-perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh menjatuhkan semangat para peserta dan pihak penganjur untuk menghentikan perjalanan bengkel.

Secara keseluruhannya, bengkel ini dapat dijalankan dengan keadaan yang seba sederhana namun ia amat bermakna dan bermanfaat.

Syabas diucapakan kepada semua yang telah menjayakan bengkel ini!

Thursday, April 2, 2009

Majlis Penyampaian Sijil PLMM SPNS 1(08-09)

31 Mac 2009 bertempat di Dewan Tadika Pusat Latihan SPNS,Kg.Chang Sg.Gepai Bidor. SPNS telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil bagi pelatih dan jurulatih untuk Program Latihan Membangun Masyarakat SPNS 1 sesi 2008-2009.
Seramai 60 lebih orang yang telah hadir ke majlis ini iaitu ibubapa para pelatih dan juga wakil-wakil kampung yang dijemput. Selain daripada itu, Penolong Penghulu Kg.Chang Sg.Gepai iaitu Bah Rintang juga turut hadir dan Penghulu dari Kg.Gesau,Slim River iaitu Bah Gaharai juga hadir untuk membero sokongan.
Majlis ini bermula dari jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Pada awalnya ia dirancang bermula jam 7.30 malam dan berakhir jam 9.30 malam namun ia terpaksa dimulakan lewat kerana menunggu kehadiran orang-orang kampung dan ada juga yang masih makan dan sebagainya.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi sijil sebagai penghargaan kepada para pelatih dan jurulatih kerana berjaya menghabiskan latihan ini yang telah dijalankan selama 6 bulan. Ia juga adalah untuk menarik perhatian masyarakat kampung terutamanya para belia yang masih kurang sedar dan tidak tahu tentang program ini.
Banyak acara-acara menarik yang dapat diselitkan dalam masa yang agak singkat ini seperti ucapan daripada ketua jurulatih, wakil-wakil kampung serta nasihat dan harapan dari Institusi Mairaknak yang lebih berpengalaman dalam hal-hal kampung. Selain daripada itu, terdapat juga persembahan tarian dari belia SPNS serta pelatih itu sendiri.
Walaupun majlis ini kelihatannya agak kecil dan ringkas namun ia meriah kerana mendapat sokongan dari ibubapa pelatih masing-masing serta penduduk Kg.Chang sendiri.
Saya yang bertugas sebagai pengacara majlis pada malam itu merasa bangga kerana kami dapat jayakan majlis pada malam itu.

Friday, March 20, 2009

Adakah Ini Permulaan Kemusnahan?


17 Mac 2009 jam 10.25 pagi bertempat di Kampung Chang Sungai Gepai. Ketika 5 orang bapa sedang sibuk mengukur keluasan tapak dewan kampung dan 2 orang ibu sedang melayur mengkuang, datang dua orang luar yang tidak dikenali. Mereka dihantar oleh penghulu Kampung Chang Baru iaitu kampung yang bersebelahan dengan Kampung Chang Sungai Gepai. Penghulu tersebut memberitahu bahawa dua orang luar itu ingin bertemu dengan ketua kampung di kampung itu untuk membincangkan tentang hal tanah. Maka penghulu itu telah menghantar mereka ke Kampung Chang Sungai Gepai kerana Kampung Chang Sungai Gepai merupakan kampung asal di kawasan tersebut.

Seorang daripadanya memperkenalkan dirinya dengan nama Mat dan seorang lagi tidak memberitahu namanya. Mat berbangsa Melayu dan seorang lagi berbangsa Cina. Mereka datang dari Ipoh dengan menaiki kereta Pajero Kelabu bernombor BDV7915.

Tujuan mereka datangn adalah untuk bertanya perihal kawasan tanah di kawasan atas air terjun. Menurut mereka kawasan itu adalah tanah kerajaan dan mereka hendak membalaknya. Oleh itu mereka ingin meminta kebenaran penduduk kampung di situ untuk mengambil dan mengeluarkan balak dari kawasan tersebut.

Bek Sima selaku pengerusi pertubuhan kampung menegaskan bahawa secara terus terang penduduk kampung tidak membenarkan kawasan itu dibalak. Tiada tanah kerajaan di kawasan itu. Bagi penduduk kampung yang telah lama tinggal di kawasan ini menganggap itu adalah tanah adat Kampung Chang Sungai Gepai. Terdapat banyak cerita dan sejarah di kawasan itu. Terdapat juga kubur-kubur nenek moyang di kawasan itu. Maka penduduk kampung memang tidak membenarkan pihak luar membalak di akwasan itu.

Beberapa orang penduduk kampung termasuk penghulu Kampung Chang Sungau Gepai yang sedang menjalankan tugas harian mereka mula datang ke tempat perbincangan itu untuk turut mendengar perkara-perkara yang hendak dibincangkan namun dua orang luar itu tidak mahu berada lama di situ. Mereka bergegas pulang kerana kononnya ada tugas di Ipoh. Mereka pulang jam 10.38 pagi.

Thursday, March 19, 2009

Salam Sejahtera

Salam sejahtera kepada para pelayar setia blog ini. Saya memohon maaf kerana telah senyap untuk beberapa tempoh yang agak lama. Ini kerana saya telah bertugas di luar kawasan pejabat maka masa untuk saya menambah cerita dalam blog ini agak kurang. Namun saya tidak akan menghampakan anda semua di luar sana. Saya akan memasukkan cerita-cerita yang penting yang berlaku di kampung kini dan di masa-masa yang seterusnya.
Semoga para pelayar setia di luar sana dapat bersabar.
Sekian.

Sunday, January 25, 2009

Bengkel Latihan untuk Jurulatih

Pada 19-21 Januari 2009, bertempat di Tadika Komuniti Kg.Chang Lama Sg.Gepai telah dijalankan 1 bengkel iaitu Bengkel Latihan untuk Jurulatih. Bengkel ini telah disertai oleh 5 orang staff SPNS dan mampu untuk menjadi seorang jurulatih. Bengkel ini telah diselaraskan oleh 2 orang ketua jurulatih dari Sabah.
Tujuan bengkel ini adalah untuk melatih para jurulatih berkenaan cara-cara untuk melatih para pelatih yang kini sedang menjalankan latihan membangun masyarakat di tempat yang sama.
Ketika menjalankan bengkel ini, para pelatih yang sedang mengikuti latihan ini telah pergi ke sesi lawatan pendedahan di lapangan iaitu di 2 kawasan. Kawasan yang pertama ialah Kg.Ulu Geroh,Gopeng dan manakala kawasan yang kedua ialah Kg.Pos Bersih. Kedua-dua kawasan ini dipilih sebagai tempat lawatan pendedahan kerana kawasan ini mempunyai isu yang sangat bagus untuk didedahkan kepada para pelatih yang baru dan memerlukan pendedahan tentang isu-isu yang realiti yang dihadapi oleh komuniti Orang Asli sendiri.
Lawatan ini memberi ruang kepada para jurulatih untuk menjalankan bengkel ini sebagai langkah untuk memperbaiki cara-cara melatih dan mendidik pelatih.
Saya penulis blog ini adalah juga merupakan salah satu dari kumpulan jurulatih tersebut. Bagi saya, bengkel ini sangat bagus dan memberi ruang baru dalam hidup serta tugas saya sebagai seorang pembangun masyarakat. Bagi saya, ini merupakan peluang yang tidak mungkin saya perlu lepaskan kerana peluang yang akan memberi saya banyak pengalaman serta pelajaran yang tidak akan saya perolehi dimana-mana pusat pengajian tinggi pun.
Bengkel ini dijalankan dalam masa yang agak singkat namun semua topik sesi yang dijalankan sangat bagus. Walaupun kelihatannya agak sukar dan susah namun itu bukanlah sesuatu yang boleh menghalang daripada melakukan tugas sebagai seorang jurulatih pelatih membangun masyarakat.

Tuesday, January 13, 2009

Bengkel Dokumentasi Grafik

Pada 12 Januari 2009, bertempat di Tadika Komuniti SPNS Kg.Chang Lama telah berjalan satu bengkel yang dinamakan Bengkel Dokumentasi Grafik. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mempelajari tentang teknik menghasilkan rekabentuk grafik dengan menggunakan komputer. 2 perisian telah digunakan iaitu Microsoft Publisher dan Adobe Photoshop. Microsoft Publisher digunakan untuk membuat flyers dan brochure manakala Adobe Photoshop digunakan untuk mengedit gambar.

Bengkel ini dijalankan selama 2 hari yang dikendalikan oleh 2 orang jurulatih iaitu Afida dan Fiqty dari Organisasi Pakatan Baju Rakyat.

Seramai 10 orang belia telah mengikuti bengkel ini. Mereka terdiri dari pelatih pembangun masyarakat dan kakitangan SPNS.

Menurut salah satu belia yang mengikuti bengkel ini, dia mengatakan bahawa bengkel ini sangat bagus kerana ini merupakan pengalaman yang pertama menggunakan komputer untuk membuat flyers.

Selain daripada itu, belia amat seronok ketika belajar menggunakan perisian Adobe Photoshop kerana mereka boleh mengubah gambar dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Di hujung pembelajaran, para belia di nasihatkan agar terus mempraktikkan topik-topik yang telah dipelajari agar mereka tidak lupa.

Tuesday, January 6, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Selamat Tahun Baru 2009 kepada para pelayar setia blog ini. Semoga di tahun baru ini akan memberi semangat yang baru dan perubahan baru yang lebih baik kepada kita semua. Saya penulis blog ini memohon maaf jika sepanjang tahun lepas terdapat penulisan yang kurang memuaskan dan isi-isi yang kurang menyenangkan.

Apakah azam kita pada tahun ini? :-) Apapun yang kita impikan atau harapkan itu semoga dapat kita laksanakan dan capaikan pada tahun ini nanti.

Kepada para pelayar setia blog ini, terima kasih kerana anda setia dan selalu menyokong saya. Saya sangat gembira. Semoga Tuhan akan sentiasa memberkati kehidupan anda semua dan tugas-tugas anda semua lakukan.

Selamat Tahun Baru.